7 Sebab Kenapa Shaklee Vitamin dan Supplemen Terbaik di Malaysia ?

Bismillah. Assalamualaikum dan hai hai hai sahabat semuaaa!

bertemu lagi kita dalam entry kali ini.

Sebelum ini, Ili ada kongsikan tentang Set Kurus Shaklee, kali ni ili nak share tentang Shaklee Supplement Terbaik di Malaysia

Dulu kan, ili ingat semua vitamin dan supplemen sama je.

asalkan vitamin dan supplemen, semuanya baik, bagus, tak kisah brand apa pun. apa yang ada kat farmasi, drugstore di drug dan apa yang ili perlukan, itulah yang ili ambil dan amalkan, tak kisah pun brand apa, asalkan vitamin atau supplemen.

tapi, seiring dengan perubahan masa dan kecanggihan teknologi, ledakan ilmu, baru ili tahu ada juga vitamin dan supplemen yang tak semestinya bagus dan baik. ada perbezaan antara vitamin klinikal, vitamin organik, vitamin semulajadi. Supplemen yang baik sepatutnya organik dan semulajadi.

ada satu ketika dalam kehidupan ili, masa tu ili berdoa, ketika ili mengandung, ili nakkan vitamin dan supplements terbaik, ili nak supplement yang organik, semulajadi dan terbukti secara saintifik.

setelah ili mengkaji, baru lah ili tahu, shaklee menepati kriteria yang ili cari!

Jom ili kongsikan kenapa Shaklee merupakan Vitamin dan Supplement Terbaik di Malaysia.

1. Shaklee telah bertapak lebih 100 tahun di dunia!

iya, lebih 100 tahun Shaklee telah diwujudkan. Pengasas Shaklee, iaitu Dr Forrest C Shaklee sangat komited untuk membantu orang lain hidup lebih sihat. Beliau telah mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai Vitalized Minerals.

Vitalea dulu dikenali dengan Vitalized Minerals
 

Pengasas Shaklee, Dr Forest C Shaklee

“ Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ” – Dr Forest C Shaklee
Shaklee telah melalui pelbagai inovasi sepanjang lebih 100 tahun. Melalui produk yang dihasilkan, Shaklee telah banyak membantu kehidupan ramai orang dengan lebih baik, lebih sihat dan lebih puas.
Inovasi Shaklee 100 tahun
 
 
2. Produk Shaklee dijamin selamat, efektif dan berkesan
  • Produk Shaklee bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya
  • Produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi
  • Produk Shaklee sangat mesra alam dan lembut kepada persekitaran
  • Produk Shaklee adalah bebas gluten
  • Produk Shaklee tidak dijalankan ujian ke atas haiwan dan bebas penganiayaan

 

3. Shaklee ada Kajian Unggul (Landmark Study)

Landmark Study adalah satu kajian yang dilakukan oleh pihak ketiga untuk mengkaji keberkesanan produk Shaklee. Kajian ini diketuai oleh penyelidik makanan terkenal, Dr Gladys Block bersama Universiti Of California, Berkeley. Ia merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka masa panjang pelbagai supplements.

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil, makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil supplemen atau pengambil supplemen bukan produk Shaklee.
Untuk kajian lebih lanjut, sila layari  Nutrition Journal 

4. Telomere Study

Telomere adalah tempat perlindungan pada hujung kromosom yang memegang DNA bersama seperti penutup plastik pada hujung tali kasut

Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna supplement Shaklee jangka masa panjang mempunyai 40% lebih rendah pemendekan telomere meliputi pelbagai peringkat umur dewasa dan mempunyai kepanjangan teloemere yang ketara pada umur 50an, 60an dan 70an dibandingkan dengan kumpulan yang sihat.

5. Produk Shaklee Mendapat Pengiktirafan Malaysia Trusted Brands 
 

Produk Shaklee telah memenangi anugerah pengiktirafan Malaysia Trusted Brands yang dijalankan oleh Readers Digest selama 2 tahun berturut turut pada tahun 2021 dan 2022. 

Anugerah ini dijalankan oleh pihak ketiga dan Readers Digest sendiri menjalankan survey ke atas rakyat Malaysia. Sepertu yang kita tahu, pembaca Readers Digest terdiri daripada golongan profesional – doktor, peguam, akauntan, CEO, jurutera dan sebagainya.

6. Produk Shaklee telah Mendapat Kelulusan KKM 

Setiap supplemen yang dijual di Malaysia  perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Supplement yang nak memasuki pasaran Malaysia perlu melalui proses yang panjang sebelum mendapat kelulusan. 

Supplement Shaklee dilengkapi dengan hologram bagi memastikan keaslian dan ketulenannya. 

Untuk memastikan supplement yang diambil adalah selamat, pilih lah supplement terbaik yang diiktiraf oleh KKM. Carian boleh dilakukan di portal rasmi Bahagian Regulatori Farmasi (NPRA).

7. Produk Shaklee diperakui dan dijamin Halal 

Produk Shaklee mempunyai logo halal dari ISA (Islamic Service of America). Di US, ISA ibarat JAKIM di Malaysia, dan ISA diiktiraf oleh JAKIM. Jika ISA kata produk itu halal, JAKIM pun mengiktiraf produk itu pun halal juga.

 Boleh semak di laman web halal.gov.my, klik pada Foreign Halal Certification Body (FHCB). Untuk senarai penuh, pengeluar sijil halal yang diiktiraf seluruh dunia, klik pada ikon PDF seperti yang ada dalam page itu.

Demikianlah 7 Sebab Kenapa Shaklee Vitamin dan Supplements Terbaik di Malaysia. Dan 7 sebab ini jugalah menjadi sebab ili memilih Shaklee sebagai supplemen harian untuk diamalkan seisi keluarga dengan penuh yakin dan percaya Shaklee adalah jenama yang terbaik untuk semua.

Jika anda ingin menjadi pengguna Shaklee ataupun ingin menjana pendapatan daripada Shaklee, boleh hubungi Ili di link Whatsapp ini.

Changing Brands Can Change Your Life!

Ili Raihana Jumali
Pengguna Shaklee Sejak 2013
Pemimpin Perniagaan Shaklee Sejak 2015

One thought on “7 Sebab Kenapa Shaklee Vitamin dan Supplemen Terbaik di Malaysia ?

Leave a comment